SSM Memperkenalkan Format Baharu Nombor Pendaftaran
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2019 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan format baharu nombor pendaftaran bagi entiti perniagaan yang berdaftar dengannya bermula 11 Oktober 2019.
Format baharu ini diperkenalkan bagi menggantikan nombor pendaftaran syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad sedia ada. Ini selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menggunakan satu format pendaftaran tunggal bagi entiti perniagaan di Malaysia di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012 hingga 2020.
Salah satu program di bawah pelan induk ini adalah Program Berimpak Tinggi Perusahaan…